...::WELCOME::...


Assalamu'alaikum Wr Wb...Selamat datang di blog sederhana ini dan selamat menikmati...

TV ONLINE









Get code Access www.vapraboys.co.cc



Sabtu, 07 Mei 2011

PERSPEKTIF ISLAM

PERBUATAN & BALASAN DI AKHIRAT……..

Suatu ketika ,Muaz bin Jabal menghadap rosulullah s.a.w dan bertanya,”Wahai Rosululloh,tolong huraikan kepadaku mengenai firman Alloh s.w.t ketika sangkala ditiup,.maka kamu sekalian dtng berbaris-baris,(surah an-Naba’:18).mendengar pertanyaan itu,baginda menangis sehingga basah – pakaianya.Lalu baginda menjawab,”wahai Muaz,engkau telah bertanya kepada aku perkara yang amat besar,bahwa umatku yang akan diiring,dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,  ma- sing-masing dengan pembawaan sendiri…”
12 barisan itu ialah:
Barisan 1
Diiring dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki.Keadaan ini dijelaskan melalui  sat u seruan dari sisi Alloh,Mereka orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.
Itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan  2
Diiring dari kubur dalam bentuk babi hutan.datang seruan dari sisi Alloh,”Mereka orang yang me ringan-ringankan solat sewaktu hidup mereka.inilah balasan dan tempat kembali mereka neraka.

Barisan  3
Diiring dari kubur dalam bentuk keldai dan perut mereka penuh ular serta kala jengking.”Mereka orang yang enggan membayar zakat,inilah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan  4
Diiring dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut mereka.”mereka orang yang berdusta ketika berjual beli.inilah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”                                  

Barisan 5
Diiring dari kubur dalam keaadaan berbau busuk seperti bangkai.ketika itu allah menurunkan ang in sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman Padang Mahsyar.”mereka orang yang men- sembunyikan perlakuan durhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut diketahui oleh Alloh.inilah balasan dan tempat mereka adalah neeraka.”

Barisan  6
Diiring dari kubur dalam keadaan kepala mereka terputus dari badan .”mereka orang yang menjadi saksi palsu.inilah balasan dan tempat mereka adalah neraka.”

Barisan  7
Diiring dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah dari mulut mereka.”mereka orang   yang enggan memberi kesaksian kebenaran .maka inilah balasan dan tempat mereka adlh neraka.”

Barisan  8
Diiring dari kubur dalam keaadaan terbalik,kepala kebawah dan kaki keatas,mereka orang yang me lakukan zina.maka inilah balasan dan tempat mereka adalah neraka.”
Barisan  9
Diiring dari kubur dengan wajah hitam legam dan bermata biru,sementara dalam diri mereka penuh api gemuruh.”Mereka orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatut nya.inilah balasan dan tempat mereka adalah neraka.”

Barisan  10
Diiring dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak dan kusta.”mereka derhaka pada ibu bapa.inilah balasan dan tempat mereka.”

Barisan  11
Diiring dari kubur dalam keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan ,bibir terjuih  se hingga kedada dan lidah terjulur sehingga perut serta keluar pelbagai kotoran.”mereka orang  yg minum arak .inilah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan  12
Diiring dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama.mereka melalui sirotul  - mustaqim seperti kilat.datang suara  dari sisi Alloh yang memaklumkan,”mereka orang yang ber amal salih dan melakukan kebaikan.mereka menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu dan meninggal dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan dan tempat kembali mereka adalah surga ,beroleh keampunan,kasih sayang dan keredaan Alloh.”                                                  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar