SUDAH BERSEDIAKAH
KAMU SEBELUM DIPANGGIL PULANG?
ASSALAMUALAIKUM W.W.B……
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA
PENYAYANG.
Bersihkanlah dirimu sebelum
kamu dimandikan. Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum
kamu disolatkan. Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba
putih
Pada waktu itu tidak guna
lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu
merintih
Selepas itu kamu akan diletak
di atas lantai. Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah. Dengan empat kali takbir
dan satu salam. Berserta Fatihah, Selawat dan doa. Sebagai memenuhi tuntutan
Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir
itu dapat menebus. Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?. Apakah
solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk
dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu
jika beranggapan demikian. Justeru ku menyeru untk Muslimin dan Muslimat.
Usunglah dirimu ke tikar solat. Sebelum kamu diusung ke liang lahad. Menjadi
makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid.
Sebelum kamu diiringi ke Pusara. Tangisilah dosa-dosamu di dunia. Kerana
tangisan tidak berguna di alam baqa'. Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan.
Sadarlah kamu sebelum kamu disadarkan. Dengan panggilan 'Izrail yang
menakutkan. Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan. Karena semua itu berguna
untuk yang ditinggalkan. Bukan yang
pergi!!
Beristighfarlah kamu sebelum
kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar
tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu
berada
Kamu tetap memijak bumi Allah
Dan berteduh dibwh langit
Allah
Serta menikmati rezeki Allah
SWT.
Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya. Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya.
Ingatlah kamu dahulu hanya setetes air yang tidak berarti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti
tulang
Lalu jadilah kamu insan yang
mempunyai arti. Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu. Yang kalau jatuh
ke tanah. Ayampun tak teringin mematok setetes air itu.
Tapi Allah mengangkatmu ke
suatu mercu. Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah itu buat
melayar bahtera akhirat. Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'. Dengan penuh
rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal
Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan
dunia
Ingatlah yang kekal ialah
amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Pada hari itu tidak ada lagi
gunanya
Harta, tahta dan putera.
Isteri, kad kredit dan mobil. Kondominium, saham dan bisnis. Kalau dahi tdk mau
menyentuh sajadah selagi di dunia.
Semoga bisa jadi renungan tuk
sahabat2 semua…

.bmp)